LAPORAN PERTANDINGAN CRAZY IDEA BOX MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2018


PERTANDINGAN CRAZY IDEA BOX
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2018


Ringkasan Program:

Penyertaan Cetusan Inovasi Crazy Idea Box Majlis Derah Sabak Bernam Tahun 2018 bermula pada awal tahun. Penilaian akhir telah diadakan pada 16 Mei 2018 (Rabu) yang telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua, MDSB Tuan Mohd Faizul Fitri bin Muslil, PPT., bertempat di Ruang Legar Aras 2, MDSB. Panel peniliaan terdiri daripada Encik Saifuddin bin Marsuk, Encik Helmi bin Hamzah dan Puan Zaimarul Almira binti Ismail. Pada tahun 2018 sebanyak 17 penyertaan telah diterima dikalangan kakitangan dan orang awam. 

Berikut adalah senarai peserta yang terpilih bagi penilaian akhir tersebut:



i)  Puan Sabahniza binti Abdullah  -   Bunga Telur dan Jambangan  

                                                           Bunga (Gubahan)

ii)  Norazilah binti Abdullah            -   Galeri Inovasi Maya

iii) Norazilah binti Abdullah            -   Bunting Kitar Semula
iv)  Norazilah binti Abdullah           -  Flash e-Board
v) Muhammad Hidayat binti Abd Razak - Ez Wheel PC
vi)  Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad  - Bull Grip
vii)  Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad   - Car Toing and Louder (CTL)
viii) Noramira binti Imran                -   E-quiz By Kahoot!
ix)  Encik Najhan Pata bin Sairi      -  Smart Key With Bluetooth
                                                          (Keychain pada Kunci)
x)  Encik Najhan Pata bin Sairi      -  Tiang  Lampu Pintar
xi)  Encik Najhan Pata bin Sairi     -  Plug Elektrik Dinding    
                                                          Berextension
xii) Encik Najhan Pata bin Sairi     -   Virtual Office

xiii) Encik Marham bin Dollah Kanan  - Flexible Knife Untuk Mesin Rumput Sandang  

xiv) Encik Marham bin Dollah Kanan  dan Tuan Haji Aminuddin bin Kamarudin - DC Spray Poison

xv)  SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar  -   E’Liner      
xvi) Encik Mohd Nor Bin Kapi     -  Kubaja

Johan bagi Crazy Idea Box  disandang oleh Encik Marham bin Dollah Kanan dengan idea inovasi beliau iaitu Flexible Knife Untuk   Mesin Rumput Sandang menerima hadiah wang tunai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Naib johan disandang oleh SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar  (SAMTAJ) dengan tajuk inovasi E’Liner menerima hadiah wang tunai RM150.00 beserta sijil penghargaan dan tempat ketiga disandang oleh Encik Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad  iaitu Bull Grip, menerima hadiah wang tunai RM100.00 beserta sijil penghargaan. Saguhati diberikan kepada 10 produk inovasi yang lain dengan hadiah wang tunai RM40.00 beserta sijil penghargaan. Majlis tamat pada pukul 11:00 pagi dengan kehadiran Yang dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan diharap penyertaan adalah lebih ramai daripada orang awam untuk akan datang.
 
 

Gambar-Gambar Peserta  Cetusan Inovasi Crazy Idea Box










Pemenang-Pemenang Cetusan Inovasi Crazy Idea Box




Johan
Encik Marham bin dollah Kannan
Flexible Knife untuk Mesin Rumput Sandang




Naib Johan
SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar (SAMTAJ)
   E’Liner



Ketiga
Encik Mohd Saiful Syafiq bin Ahmad 
Bull Grip

























Comments