Ringkasan Program:
Pertandingan
Inovasi Peringkat Jabatan Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2018 telah diadakan
pada 16 Mei 2018 (Rabu) bertempat di Ruang Legar Aras 2, MDSB. Panel Penilai
diketuai oleh Encik Norhisham
bin Mamat@ Zakari, Bahagian
Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Encik Mohd Azli bin
Adnan, Politeknik Sultan Idris Shah dan Puan Norawati binti Masro, Kolej
Komuniti Sabak Bernam.
Sebanyak
12 produk inovasi yang dipertandingkan. dan penglibatan kakitangan adalah dari
semua jabatan/bahagian/unit Majlis Daerah Sabak Bernam. Johan Pertandingan
Inovasi Peringkat Jabatan Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2018 disandang oleh Jabatan Landskap dengan produk inovasi bertajuk Fleksi Cutting Rope
menerima wang tunai sebanyak RM500.00 dan hamper serta sijil penghargaan. Naib
johan disandang oleh Unit Perundangan
dan Audit Dalam dengan tajuk inovasi Smart Sumber menerima wang tunai
sebanyak RM300.00, hamper dan sijil
penghargaan. Tempat ketiga disandang oleh Jabatan
Pembangunan Masyarakat dengan tajuk inovasi Spinkle
Boleh Ubah (SBU) menerima wang tunai RM200.00, hamper dan
sijil penghargaan. Sebanyak 12 produk inovasi dari beberapa
jabatan/bahagian/unit yang menyertai mendapat hadiah saguhati hamper dan sijil penyertaan.
Kategori Produk Inovasi Terbaik
disandang oleh Jabatan Landskap dengan produk inovasi Flexsi Cutting Rope
menerima hadiah sijil penghargaan, manakala Kategori Persembahan Terbaik disandang oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan produk inovasi Sprinkle Boleh Ubah (SBU) menerima
hadiah dan sijil penghargaan. Bagi ketegori terakhir iaitu Anugerah Khas Pilihan Juri disandang oleh Unit Perundang dan Unit Audit Dalam dengan inovasinya bertajuk Smart Sumber menerima hadiah dan sijil penghargaan.
Penyampaian
hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua, Majlis Daerah Sabak Bernam Tuan
Mohd Faizul Fitri bin Muslil. Wakil panel penilai telah memberikan panduan dan
makluman kepada semua agar dapat menghasilkan produk inovasi yang lebih baik
beserta bukti-bukti dengan setiap produk yang dihasilkan perlu dicuba atau
digunapakai sebelum produk dipertandingkan serta analisa kepada kakitangan atau
orang awam berkenaan produk yang dicipta perlu dibuat bagi melihat keberkesanan
sesuatu produk yang dihasilkan. Panel penilai juga mengharapkan semua produk
inovasi menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) di Peringkat Negeri
Selangor.
Gambar Pertandingan Inovasi Peringkat Jabatan Majlis Daerah
Sabak Bernam
Tahun 2018
Comments
Post a Comment