‘ Cetusan Crazy Idea Box’




Maklumat Berkenaan program ‘ Cetusan  Crazy Idea Box’

Kriteria Penilaian :

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan dan  Jabatan/Bahagian/Unit  Majlis Daerah  Sabak  Bernam/ Jabatan Luar dan orang awam;

  1. Beberapa kriteria/syarat bagi pertandingan ‘Crazy Idea Box ‘ adalah seperti berikut:-
2.1       Keaslian idea produk / hasil inovasi;
2.2       Kreatif / inovatif;
2.3       Tahap penggunaan / aplikasi produk / hasil produk;
2.4       Impak penggunaan produk / faedah; dan
2.5       Persembahan produk

3.0     TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

3.1       Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan Jabatan/Bahagian/Unit  Majlis Daerah Sabak Bernam serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini;

3.2       Cetusan idea bagi produk/hasil inovasi mestilah daripada ciptaan asli peserta dan tidak meniru/menciplak mana-mana produk/hasil produk yang lain;

3.3       Sesuatu produk/hasil inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk pro-siri atau sampel komersial, model, prototaip, pelan, gambar dan teks;

3.4       Peserta perlu menyediakan dokumen berkaitan hasil produk / hasil inovasi yang dipilih yang mengandungi :-

            i)          Tajuk produk / hasil inovasi;

            ii)         Nama peserta / kumpulan / jabatan / bahagian / unit;

            iii)        No. Kad Pengenalan;

            iv)        Kepentingan produk ;

            v)         Kaedah / cara penggunaan produk ;

            vi)        Impak produk ;

            vii)       Kos produk

            viii)      Gambar produk / hasil inovasi

            ix)        Pelan / gambarajah teknikal (jika berkaitan)

x.        Penggunaan bahan-bahan kitar semula / terbuang adalah sangat digalakkan;

xi.       Keputusan para hakim adalah muktamad. Sebarang aduan atau bantahan tidak akan dilayan.

                      xii.         Tarikh tutup penyertaan sebelum atau pada  31 Mac 2018.

Comments